Thursday, December 3, 2009

Potret Duyung



Origin hebat di Duyung

Origin buktikan kehebatan

Oleh Hamid Salleh
bhsukan@bharian.com.my


PASUKAN Origin berjaya mengumpul mata terbanyak dengan tujuh mata pada hari kedua Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.

Kumpul mata terbanyak pada hari kedua Kejohanan Piala Monsun

PASUKAN Origin yang dikendalikan juragannya, Ben Ainslie dari Great Britain membuktikan kehebatan mereka apabila mengumpulkan mata terbanyak dengan tujuh mata pada hari kedua Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.

Berbekal empat kemenangan, Ainslie sudah mengesahkan pasukan Origin untuk mara ke suku akhir yang akan berlangsung secara kalah mati, petang ini.


Ainslie, 32, yang pernah memenangi tiga pingat emas dan satu perak dalam sukan layar di Sukan Olimpik, jelas teruja dengan keputusan semalam, walaupun ini adalah kali pertama pasukannya mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Dua lagi pasukan yang mempunyai peluang cerah ke suku akhir ialah New Zealand Waka Racing (Phil Robertson) dan kapal French (Mathieu Richard) yang mengumpul enam mata setakat ini.

Tiga lagi pasukan yang mengumpul lima mata masih berpeluang ke suku akhir ialah Victory Challenge (Magnus Holmberg), pasukan ALL4 ONE (Sebastien Col) dan Mirsky Racing (Torvar Mirsky).

Juara musim lalu, Datuk Peter Gilmour bersama pasukan Yanmar Racing cuma mengumpul empat mata, melalui satu kemenangan semalam perlu memastikan dua kemenangan hari ini, untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.

“Kami tewas kepada pasukan French, Origin dan New Zealand Waka Racing berikutan terlewat ketika permulaan berlangsung," katanya.

Sementara pasukan tunggal negara, Taring Pelangi (Hazwan Dermawan) tersingkir awal daripada kejohanan itu apabila gagal mengutip sebarang mata dalam sembilan perlumbaan mereka.