Friday, September 25, 2009

Air di bulan

India gembira temui air di bulan


GAMBAR menunjukkan air dikesan di bulan dengan menggunakan lampu inframerah.


BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu semalam.

Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.

"India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan," kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.

Pada sidang media di sini semalam, beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.

Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.

"Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia," kata Times of India sementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat".

No comments:

Post a Comment